Friday, July 15, 2016

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DI LINDUNGI TAKAFUL


Apakah Pengecualiannya?

Pengecualian yang biasa ialah:

1. Kecederaan diri yang disengajakan.
2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
13. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.
Nota Penting :
Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular
Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.
Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele
Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.
Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.
Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.
Sertai sekarang atau untuk maklumat lanjut hubungi saya
ODDY 019 3566379



please fill in the form below We will send you quote your takaful plan as soon as possible 


 Name:
Tel no.
Age
Ic no
Sex
occupation
Are u smoking
Email Address:
Address

Form provided by Freedback.

No comments :

Post a Comment