Konsep Takaful
Takaful adalah satu konsep saling membantu yang
berlandaskan prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab, kerjasama dan
kepentingan bersama. Setiap ahli yang dilindungi akan menyumbang berdasarkan
kepada Tabarru' (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu
sama lain apabila diperlukan.
Keluarga anda memerlukan perlindungan
anda
Anda merupakan tunggak keluarga anda dan sebagai
tempat bergantung, anda berusaha menyediakan segala keperluan untuk mereka yang
anda sayangi.
Untuk menyediakan tempat berteduh bukanlah sesuatu
yang mudah. Anda berusaha setiap hari sehingga anda berjaya memiliki sebuah
rumah untuk keluarga bahagia anda.
Dengan bantuan pinjaman dari Bahagian Pinjaman
Perumahan, tercapailah impian anda untuk menyediakan sebuah rumah yang dimiliki
sendiri untuk keluarga yang tersayang.
Namun tiada siapa yang dapat meramal apa yang akan
berlaku pada masa hadapan. Bagaimanakah jika anda tidak dapat meneruskan
pembayaran pinjaman perumahan tersebut atas sebab-sebab kehilangan upaya atau
kematian? Sanggupkah anda melihat mereka yang anda sayangi kehilangan tempat
berlindung?
Apakah PruBSN Gadai Janji?
PruBSN Gadai Janji dapat membantu mengelakkan rumah
keluarga anda daripada ditarik balik sekiranya anda tidak dapat meneruskan
pembayaran balik pinjaman atas sebab-sebab kehilangan upaya atau kematian.
Selain daripada itu, PruBSN Gadai Janji juga
membolehkan anda berkongsi sebarang keuntungan pelaburan, jika ada.
PruBSN Gadai Janji – satu pelan untuk melindungi
hak milik kediaman keluarga anda.
Bagaimana PruBSN Gadai Janji membantu
anda
Manfaat ini akan melangsaikan pinjaman
perumahan anda sekiranya anda meninggal dunia akibat penyakit atau kemalangan
Manfaat ini akan:
·
melangsaikan
pinjaman perumahan anda sekiranya anda hilang upaya kekal dan
·
menyeluruh
sebelum mencapai umur 65 tahun.
·
menawarkan
bayaran perubatan sebanyak RM1,000.
Manfaat ini menyediakan bantuan kewangan
berjumlah:
·
RM1,000
jika anda meninggal dunia, atau
·
RM1,000
jika pasangan anda meninggal dunia, atau
·
RM500
jika anak anda meninggal dunia (maksimum dua orang anak di bawah umur 20 tahun).
Manfaat ini membolehkan anda untuk
mendapat sejumlah wang yang terkumpul dari akaun anda apabila anda melangsaikan
pinjaman perumahan anda lebih awal.
Manfaat ini membolehkan anda untuk
mendapat sejumlah wang yang terkumpul dari akaun anda apabila tamat tempoh
pinjaman.
Kami menerima penyertaan sehingga umur
60 tahun tanpa sebarang pemeriksaan perubatan atau pengakuan kesihatan.
Anda hanya perlu mengemukakan sijil
kematian atau permit pengkuburan yang disahkan kepada kami. Tempoh pembayaran
tuntutan adalah dalam jangka masa 24 jam setelah menerima sijil kematian atau
permit pengkuburan.
Pengecualian
PruBSN Gadai Janji tidak melindungi situasi-situasi
berikut. Sekiranya salah satu daripada situasi berikut berlaku, manfaat-manfaat
yang ditawarkan di bawah pelan ini TIDAK AKAN dibayar kepada anda.
Jika kematian berlaku akibat daripada:
·
Tindakan
membunuh diri di dalam tempoh setahun dari tarikh permulaan sijil.
·
AIDS
(Acquired Immune Deficiency Syndrome) akibat daripada aktiviti tidak
bermoral.
·
Penyakit
yang berkaitan dengan aktiviti seksual yang bercanggah dengan moral.
Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh terjadi
akibat:
·
Percubaan
membunuh diri dan kecederaan akibat perbuatan sendiri.
·
Menyertai
operasi ketenteraan.
·
Memasuki,
mengendali, menyelenggara atau turun dari sebarang perkhidmatan atau
pengangkutan udara melainkan di dalam penerbangan komersial.
·
Jangkitan
HIV atau AIDS atau penyakit yang disebar secara seksual.
·
Kecederaan
akibat pengaruh alkohol atau dadah.
·
Mengambil
bahagian di dalam sebarang rusuhan atau melakukan kesalahan jenayah.
·
Terlibat
dalam aktiviti-aktiviti pengganas dan keganasan.
No comments :
Post a Comment