Monday, May 5, 2014

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN)

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) adalah gabungan dua nama besar di dalam industri kewangan. Prudential plc (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memberi kesan berterusan kepada ekonomi negara selama lebih dari 30 tahun. Usahasama ini termeterai setelah mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat pengendali Takaful yang berdaftar.
Ditubuhkan dalam tahun 1848, Prudential membuka langkah sebagai sebuah syarikat yang membekalkan insurans hayat dan persaraan yang utama. Kini, ia merupakan salah satu dari sumber perkhidmatan kewangan yang terbesar di dunia. Melalui 'Prudential Assurance', jenama Prudential telah bertapak di Malaysia menjangkau 80 tahun. BSN, yang dilancarkan pada tahun 1974, mempunyai jumlah pelanggan melebihi 9 juta, dan mempunyai seramai 5,100 pekerja di hampir 400 cawangan di seluruh negara. Ia merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
Usahasama ini memperlengkap satu struktur yang kukuh bagi PruBSN dari segi kekuatan saluran pemasaran agensi 'Prudential Assurance' dan juga keupayaan sektor korporat BSN yang hebat. Kekukuhan kedua-dua syarikat ini telah mewujudkan peluang yang luas untuk PruBSN melonjakkan pembangunan industri Takaful di Malaysia.
Moto PruBSN, memahami dan prihatin, terlaksana melebihi transaksi harian ataupun penglibatan komersial. Ia merupakan sebab utama mengapa kami beroperasi sedemikian. Kami melakukannya untuk pelbagai kelebihan yang boleh berlaku pada hari esok. Kerana itulah, 'Kami Memahami, Kami Prihatin'.

PruBSN telah dilantik sebagai Panel Takaful Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia pada 29hb Julai 2010.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT , SILA ISI BORANG DI BAWAH ATAU CALL ODY 01736362103

klik sini


No comments :

Post a Comment