Tuesday, March 1, 2016

Takaful puteri Prudential BSN Takaful




As salam.. walau bagaimana sibuk pun saya.. saya tetap ingat kepada kaum-kaum hawa diluar sana... saya ada satu plan yang bagus untuk anda semua..

Apakah Takaful Puteri Plus?

Takaful Puteri Plus memberi perlindungan terhadap kesan kewangan akibat kanser berkaitan wanita dan penyakit-penyakit berkaitan wanita seperti Rheumatoid Arthritis dengan komplikasi, pembedahan pembinaan semula payudara, pembedahan pembinaan semula muka akibat kemalangan, pembinaan kulit akibat kebakaran atau kanser dan retakan osteoporotik sehingga manfaat tamat pada umur matang yang dipilih. Ia juga melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit kongenital bayi sehingga umur 50 tahun.

Manfaat Penjagaan Wanita Amaun

1. Kanser berkaitan Wanita/Lupus Sistemik Eritematosus (SLE) dengan Lupus Nefritis
Kanser Payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopio, Ovari, Uterus, Dan Faraj/Vulva ATAU Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

100% daripada
Jumlah Dilindungi bagi
Tempoh Hayat

2. Karsinoma-In-Situ Payudara atau Uteri Serviks
Sekiranya anda didiagnosis menghidap Kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar Bagi

70% dari Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat

30% daripada
Jumlah Dilindungi bagi
Tempoh Hayat

3. Perlindungan bagi mana-mana kejadian di bawah:
Artritis Reumatoid dengan kerumitan
Pembedahan Rekonstruksi Muka akibat kemalangan
Pemindahan Kulit akibat kelecuran
Pemindahan Kulit akibat Kanser Kulit
Keretakan Osteoporotik Pinggul/Vertebra
Pembedahan Rekonstruksi Payudara akibat Kanser Payudara

30% daripada
Jumlah Dilindungi bagi
Tempoh Hayat
Manfaat Penjagaan Ibu Amaun

4. Komplikasi Kehamilan
Penyebaran Penggumpulan Intravaskular (selepas 7 bulan mengandung)
Kehamilan Luar Rahim
Keguguran pada hujung kehamilan (dari hari 126 ke hari 196 tempoh kehamilan)
Kematian Janin (selepas hari ke-196 tempoh kehamilan)
Kematian Bayi (di dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

RM10,000.00

5. Penyakit Kongenital Bayi
Sindrom Down
Kecacatan Septum Ventrikel
Kecacatan Septum Atrial
Spina Bifida
Lelangit Rekah dengan Lupus Nefritis

RM20,000.00

Bilakah umur tamat tempoh bagi Takaful Puteri Plus?

Umur tamat tempoh adalah 60, 70 atau 80 tahun.

Siapakah yang layak untuk menyertai Takaful Puteri Plus?

Anda layak untuk menyertai Takaful Puteri Plus jika anda di berumur antara 19 hingga 40 tahun.

Mengapa anda memerlukan Takaful Puteri Plus?

Untuk melindungi anda daripada kesan kewangan daripada rawatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit wanita dan juga komplikasi kehamilan dan penyakit kongenital bayi.

No comments :

Post a Comment