Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan
ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik.
Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah
al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada
manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
"Dan
hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah
kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".
Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya
pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans
konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam
persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana
yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah
suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip
Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak
ketentuan), maisir (judi) dan riba.
untuk keterangan menganai plan takaful
sila hubungi
No comments :
Post a Comment