Wednesday, December 11, 2013

Pelan Haji & Umrah

DAPATKAN QUOTATION ANDA SEKARANG PERCUMA. klik sini 

brocher
PruBSN UMMAH
RANCANGLAH MASA HADAPAN, KUKUHKAN
KEPERLUAN ROHANI – SETIAP MASA, UNTUK SEMUA
SIMPANAN, PERLINDUNGAN DAN
MEMENUHI KEPERLUAN ROHANIAH –
SEMUANYA DALAM SATU

DAPATKAN QUOTATION ANDA SEKARANG PERCUMA. klik sini  

Ramai di Antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi.

Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi. PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Haji Badal, manfaat Takaful Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.

Kini, PruBSN Ummah yang telah dinaik taraf menawarkan manfaat-manfaat pilihan
Tambahan seperti Double Takaful Plus, Ummah Saver dan rider-rider Contributor.

Pelan ini juga ditawarkan untuk anak anda seawal umur 1 tahun. Ianya memberi anda pilihan untuk membantu meningkatkan simpanan anda dengan lebih cepat dan mendapat perlindungan yang lebih luas dan lebih baik untuk anda dan orang yang tersayang.

PruBSN Ummah.Satu Pelan yang memberikan anda dan orang tersayang tumpuan dalam persiapan rohaniah – dunia dan akhirat.

Sepintas lalu apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan
Rancang dan Tingkatkan Simpanan anda

DAPATKAN QUOTATION ANDA SEKARANG PERCUMA. klik sini  

• Peroleh bonus loyalti sebagai Elaun Haji.
• Tingkatkan simpanan anda melalui Ummah Saver.
• Rancanglah kegunaan simpanan anda untuk perjalanan ke tanah suci – sama ada untuk Haji atau
Umrah.

Dapatkan Perlindungan Meluas

• Dapatkan ketenangan jiwa melalui manfaat Khairat Kematian dan Haji Badal sebagai tambahan
kepada perlindungan asas anda.
• Dapatkan manfaat Takaful Berganda semasa mengerjakan Haji dan Umrah yang pertama anda dan
luaskan perlindungan untuk setiap perjalanan Haji atau Umrah dengan rider Double Takaful Plus.
• Tingkatkan perlindungan pelan anda untuk meliputi penyakit kritikal.
• Memastikan perlindungan berterusan dengan pelbagai rider Contributor.
• Kini anda boleh mulakan perancangan perjalanan rohaniah anak-anak anda seawal umur 1 tahun.

Penuhi Keperluan Rohaniah

• Menunaikan ibadah Haji anda melalui manfaat Haji Badal.
• Menjaga keperluan keluarga anda di rumah.
• Menguruskan harta pusaka anda sebaiknya melalui Penulisan Wasiat Islam.

Fakta-fakta penting:

1. Perbelanjaan Haji yang Tinggi
Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalah RM9,880 manakala
perbelanjaan Haji di bawah mana-mana Agensi Pelancongan Haji memerlukan
sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut.
(Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)

2. Kepentingan Memiliki Wasiat
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dilarang
bagi seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan melengahlengahkannya
selama dua malam tanpa menulis wasiatnya dan disimpan tersedia
bersamanya.”(Sahih Bukhari)

3. Statistik Kematian Akibat Penyakit Kritikal
60% daripada kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kanser, penyakit
berkaitan dengan jantung dan pernafasan.
(WHO, 2009)

DAPATKAN QUOTATION ANDA SEKARANG PERCUMA. klik sini 




umah


Peroleh Bonus Loyalti1
  • Dapatkan manfaat ini kerana menjadi pelanggan setia kami apabila anda
    menyempurnakan tempoh takaful anda.
  • Di samping itu, bonus yang terkumpul akan dibayar jika berlaku kematian
    atau hilang upaya sebagai tambahan kepada manfaat-manfaat takaful
    anda yang lain.
  • Untuk ketenangan minda semasa menunaikan Haji, anda akan diberi elaun
    Haji, yang merupakan sebahagian daripada bonus loyalti. Elaun ini adalah
    tambahan bagi menampung perbelanjaan anda.
  • Anda juga boleh menggunakannya untuk memastikan keperluan kewangan
    keluarga anda di rumah dijaga semasa anda menunaikan kewajipan anda
di Mekkah. Tingkatkan lagi simpanan anda
  • Anda boleh membuat simpanan tambahan melalui Ummah Saver2 yang akan disalurkan untuk simpanan semata-mata yang boleh digunakan bagi Haji/Umrah dan rancangan-rancangan masa hadapan yang lain.
  • Anda juga boleh membuat Penambahan Sumbangan Tunggal padabila-bila masa anda ingin berbuat demikian.

Pengeluaran Simpanan untuk Haji atau Umrah
  • Anda boleh mengeluarkan3 sebahagian daripada simpanan akaun anda sebagai tambahan untuk keperluan perjalanan Haji atau Umrah.
1 Bonus loyalti adalah manfaat tidak dijamin. Ianya dibayar berdasarkan budi bicara Prudential BSN
Takaful Berhad dan tertakluk kepada terma dan syarat yang perlu dipenuhi oleh para peserta.
Terdapat tempoh menunggu selama 5 tahun sebelum anda layak menerima manfaat tersebut.
2 Manfaat pilihan. Ummah Saver tidak menyediakan sebarang manfaat-manfaat perlindungan.
3 Tertakluk kepada terma dan syarat. Sila rujuk kepada dokumen sijil untuk keterangan lanjut.


DAPATKAN QUOTATION ANDA SEKARANG PERCUMA. klik sini 

umah 2

** Manfaat takaful berganda hanya untuk 1 Haji dan 1 Umrah.
*** Ini adalah bayaran manfaat khairat kematian yang dibuat sebagai tambahan kepada manfaat
kematian asas.
**** Ini adalah manfaat pilihan. Manfaat penyakit kritikal akan dibayar daripada manfaat takaful
asas dan seterusnya, akan mengurangkan manfaat kematian asas. Simpanan akan berterusan
daripada manfaat rider contributor.

Kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
  • Selepas kematian anda atau hilang upaya kekal dan menyeluruh, andaatau penama anda akan menerima tunai yang setara dengan perlindungan anda, iaitu jumlah manfaat takaful untuk membantu anda dan keluarg  anda meneruskan kehidupan.
  • Selain itu, keluarga anda juga akan menerima wang tunai tambahan RM2,000 sebagai Manfaat Khairat Kematian yang boleh digunakan untuk perbelanjaan pengebumian dan yang berkaitan.

Gandakan Manfaat Takaful4 anda semasa menunaikan Haji atau Umrah
  • Perlindungan berganda iaitu jumlah manfaat takaful akan dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) semasa anda menunaikan Haji atau Umrah.
  • Tingkatkan perlindungan ini untuk perjalanan tiada had untuk Haji/Umrah sepanjang tempoh takaful dengan Double Takaful Plus5.
Tempoh menunggu selama 3 tahun dikenakan kecuali disebabkan oleh kemalangan.
5 Manfaat pilihan.


Haji Badal
  • Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum anda berpeluang menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji anda ditunaikan dengan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda atau pihak ketiga untuk menunaikan Haji Badal untuk anda.
  • Manfaat Haji Badal juga ditawarkan untuk anak-anak anda yang dilindungi dari umur 13 tahun.
Perlindungan Penyakit Kritikal
  • Kami akan memberikan anda sebahagian daripada jumlah perlindungan asas sebagai bantuan kewangan jika anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal yang dilindungi apabila anda menambah Crisis Shield5.

Memastikan perlindungan berterusan
  • Pilih daripada rangkaian rider Contributor5 yang akan membayar sumbangan-sumbangan berterusan jika anda menghidap penyakit
    kritikal, hilang upaya kekal dan menyeluruh atau meninggal dunia untuk memastikan perlindungan dan simpanan di dalam pelan berterusan.
Penulisan Wasiat Islam
  • Kami akan mengaturkan untuk anda perkhidmatan asas Penulisan Wasiat Islam yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Perkhidmatan ini adalah satu pilihan.
Lien Juvenil
  • Jika berlaku penyakit kritikal, hilang upaya atau kehilangan nyawa sebelum umur 5 tahun, kadar jumlah manfaat takaful yang akan dibayar adalah
seperti berikut:
umah 3

DAPATKAN QUOTATION ANDA SEKARANG PERCUMA. klik sini 

Apa yang anda perlu tahu tentang PruBSN Ummah
Apakah itu PruBSN Ummah?

PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu memenuhi
keperluan rohaniah umat Islam selain keperluan duniawi. Pelan ini menyediakan anda perlindungan
dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda. Ia juga
memberi bonus kerana menjadi pelanggan setia.

Bagaimanakah PruBSN Ummah boleh membantu anda di samping
simpanan Tabung Haji anda?

PruBSN Ummah bukanlah pengganti bagi akaun Tabung Haji anda. Ia merupakan pelengkap kepada
simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?

Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 1 – 60 tahun yang mahukan satu pelan yang
bukan sahaja memberikan mereka perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka
menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama.

Bilakah bonus loyalti dibayar?

Bonus loyalti akan dibayar sebagai peratus sumbangan anda apabila anda:
  • Menunaikan Haji (sebagai Elaun Haji), atau
  • Hidup sehingga ke akhir tempoh pelan ini, atau
  • Disahkan hilang upaya kekal dan meyeluruh, atau
  • Meninggal dunia
Lagi lama tempoh takaful, lagi tinggi bonus yang anda terima. Selain itu, bonus loyalti anda akan terus
meningkat walaupun anda telah menggunakannya sebagai Elaun Haji selagi anda terus membayar
sumbangan anda. Bonus loyalti tersebut akan dibayar tertakluk kepada peristiwa-peristiwa yang
dinyatakan di atas.

Bagaimanakah saya mengaturkan Haji Badal?

Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum sempat
menunaikan Haji, kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Haji Badal ditunaikan bagi pihak
anda. Kami akan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda (sebaiknya waris yang
terdekat berumur 18 tahun dan ke atas) atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Haji Badal bagi pihak anda.

Bagaimanakah saya boleh meningkatkan lagi perlindungan
PruBSN Ummah?

Anda boleh tingkatkan manfaat-manfaat PruBSN Ummah anda menerusi manfaat-manfaat pilihan
berikut.

Perlindungan berganda untuk Haji/Umrah anda

Sertai Double Takaful Plus5 untuk memastikan anda mendapat
perlindungan manfaat takaful berganda setiap kali anda menunaikan

Haji/Umrah.Perlindunganuntuk penyakit kritikal

Sertakan Crisis Shield5 untuk mendapat perlindungan bagi 36 penyakit
kritikal.

Tingkatkan dana simpanan anda

Tingkatkan simpanan anda dengan lebih cepat bersama Ummah Saver2
dengan membayar sumbangan mimimum RM10 setiap bulan. Anda juga
boleh membuat Penambahan Sumbangan Tunggal pada bila-bila masa
anda ingin berbuat demikian dengan sumbangan minimum RM500 untuk
setiap penambahan.

Memastikan perlindungan berterusan
Pilih daripada rangkaian rider Contributor5 yang akan membayar
sumbangan masa hadapan jika anda menghidap penyakit kritikal, hilang
upaya kekal dan menyeluruh atau meninggal dunia. Rider-rider contributor
ini juga ditawarkan untuk melindungi anda sebagai ibu bapa atau pasangan
anda.

Untuk sumbangan-sumbangan simpanan anda, pilihlah rider-rider

Ummah Saver Contributor5 untuk memastikan simpanan anda terus
meningkat jika anda menghidap penyakit kritikal, hilang upaya kekal dan
menyeluruh atau meninggal dunia.

Nota: Pengambilan lebih banyak manfaat-manfaat pilihan akan meningkatkan sumbangan yang perlu
dibayar.

Bagaimanakah saya boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan
Penulisan Wasiat Islam?

Kami akan menyediakan semua urusan yang perlu dilakukan supaya wasiat anda dibuat tanpa sebarang
kesukaran. Wasiat anda akan diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Anda hanya perlu membayar yuran
yang hanya dikenakan sekali sahaja untuk perkhidmatan ini.

2 Manfaat pilihan. Ummah Saver tidak menyediakan sebarang manfaat-manfaat perlindungan.
5 Manfaat pilihan.

Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk pelan ini?

Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan
bergantung kepada berikut:
  • • umur anda
  • • jumlah dan terma perlindungan anda
  • • status kesihatan anda
  • • jantina anda
  • • kaedah pembayaran anda
  • • kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun

umah 4

Apakah caj-caj yang terlibat dalam PruBSN Ummah?
PruBSN Ummah adalah berlandaskan model Wakalah Bil Ajr di mana sumbangan anda akan dimasukkan
ke dalam akaun anda setelah kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj Wakalah. Ini adalah
yuran bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.
umah 5
Bagaimanakah perkongsian Keuntungan Pelaburan ke atas Prinsip-Prinsip Mudharabah dilaksanakan?
Mudharabah membolehkan anda berkongsi sebarang keuntungan pelaburan daripada akaun anda (ISA)
untuk dikongsi di antara anda dan kami. Berdasarkan perkongsian keuntungan, anda akan menerima
80% daripada keuntungan tersebut manakala kami menerima baki 20%. Keuntungan anda akan
dimasukkan semula ke dalam akaun (ISA) anda.
Adakah saya akan menerima sebarang Lebihan daripada pelan ini?
Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50%7 daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada
setiap tahun. Baki sehingga 50%7 dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana
Tabarru’. Lebihan anda akan dimasukkan semula ke dalam akaun (ISA) anda.
6 Ini adalah caj untuk sijil yang bertempoh 20 tahun atau lebih. Untuk sijil yang mempunyai tempoh kurang
daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat
terperinci.
7 Amaun sebenar lebihan yang diagihkan akan ditentukan setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan
daripada Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah Prudential BSN Takaful Berhad.
Nota-nota Penting
• Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad. Sila
rujuk kepada dokumen-dokumen sijil untuk maklumat terperinci.
• Risalah ini diterbitkan hanya untuk maklumat dan tidak berkaitan dengan matlamat-matlamat
kewangan, situasi dan keperluan individu tertentu.
• Dalam risalah ini, Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir akan Datang.
• Pulangan daripada akaun anda akan ditentukan berdasarkan prestasi sebenar akaun tersebut dan
tidak dijamin.
• Risiko pelaburan akaun anda akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan manfaat-manfaatnya
mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun.
• Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga penghujung tempoh
perlindungan anda untuk memastikan anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap
masa. Kegagalan membuat pembayaran ini mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat
sebelum masanya.
• Sebarang pengeluaran separa yang dibuat daripada akaun anda akan mengurangkan baki dana. Ini
boleh menyebabkan baki dana tersebut tidak mencukupi untuk membayar potongan Tabarru’ dan
caj-caj lain, dan mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.
• Anda berhak untuk mendapat pelepasan cukai individu terhadap sumbangan anda sehingga
RM6,000 setahun apabila anda menyertai pelan ini, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN).
• PruBSN Ummah tidak menyediakan sebarang jumlah manfaat daripada Dana Tabarru’ pada
penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil.
• Pelan ini boleh dibatalkan melalui permohonan bertulis kepada kami dalam tempoh lima belas
(15) hari dari tarikh penghantaran dokumen-dokumen sijil, yang mana kami akan membayar balik
sumbangan yang diterima daripada anda selepas ditolak sebarang caj perubatan yang dikenakan
semasa membuat penilaian risiko di bawah sijil.
• Mengambil bahagian di dalam pelan takaful keluarga adalah satu komitmen jangka panjang.
Penamatan awal sijil selalunya melibatkan kos-kos yang tinggi dan nilai serahan yang akan dibayar
kepada anda mungkin kurang daripada jumlah sumbangan keseluruhan yang telah anda bayar.
Pengecualian
PruBSN Ummah tidak melindungi situasi-situasi berikut. Sekiranya salah satu daripada situasi berikut
berlaku, manfaat-manfaat yang ditawarkan di bawah pelan ini tidak akan dibayar kepada anda.
• Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan
perlindungan.
• Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri semasa Haji atau Umrah bagi tujuan mendapatkan
manfaat Takaful berganda.
• Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku akibat percubaan membunuh diri dan mencederakan
diri sendiri.
• Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku kerana anda terlibat di dalam aktiviti udara
berbahaya (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian
daripada anak kapal atau penumpang yang membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang
beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan.
• Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti sebarang penyakit yang telah anda hidapi
sebelum ini dan sebagainya semasa anda memohon pelan ini.
Perlindungan Crisis Shield dan Contributor tidak melindungi situasi-situasi berikut. Sekiranya salah
satu daripada situasi berikut berlaku, manfaat-manfaat yang ditawarkan di bawah pelan ini tidak akan
dibayar kepada anda.
• Jika tanda-tanda penyakit kritikal adalah ketara dalam tempoh yang dinyatakan dari tarikh
permulaan sijil³.
- 60 hari bagi serangan jantung, penyakit jantung arteri koronari yang memerlukan pembedahan,
kanser atau penyakit-penyakit jantung arteri koronari serius lain.
- 30 hari bagi mana-mana penyakit kritikal lain.
• Jika penyakit kritikal tersebut merebak daripada keadaan sedia ada.
• Jika penyakit kritikal tersebut disebabkan secara langsung atau tidak secara langsung daripada AIDS
yang diperoleh atau sebarang jangkitan HIV, kecuali bagi AIDS yang menyeluruh atau disebabkan
oleh pemindahan darah.
Manfaat Takaful Berganda dan Double Takaful Plus tidak melindungi anda untuk situasi berikut dan
oleh itu, manfaat-manfaatnya tidak akan dibayar kepada anda.
• Jika anda melakukan Ziarah atau keluar daripada Arab Saudi semasa tempoh Haji/Umrah.
3 Tertakluk kepada terma dan syarat. Sila rujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.
Penyakit-penyakit Kritikal
36 Penyakit Kritikal yang dilindungi
  1. AIDS akibat pemindahan darah atau full blown AIDS
  2. Penyakit arteri koronari
  3. Penyakit sistik medulari
  4. Anemia aplasia
  5. Pekak
  6. Meningitis
  7. Sindrom apalik
  8. Ensefalitis
  9. Penyakit neuron motor
  10. Penyakit Alzheimer
  11. Hepatitis viral fulminan
  12. Skelorisis berbilang
  13. Tumor otak benigna
  14. Serangan jantung
  15. Distrofi otot
  16. Buta
  17. Penggantian injap jantung
  18. Kelumpuhan
  19. Pembedahan otak
  20. Kegagalan buah pinggang
  21. Penyakit Parkinson
  22. Kanser
  23. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
  24. Poliomielitis
  25. Kardiomiopati
  26. Hilang daya pertuturan
  27. Tekanan darah tinggi arteri pulmonari utama
  28. Penyakit hati kronik
  29. Kelecuran major
  30. Strok
  31. Penyakit paru-paru kronik
  32. Trauma kepala major
  33. Pembedahan pada aorta
  34. Koma
  35. Pemindahan organ major
  36. Lupus eritematosussistemik dengan lupusnefritis

Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda
dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

Monday, October 28, 2013

Man jadda wa jada

Allhamdullilah..selagi ada kemajuan di situ ada jalan...

Apabila di kenang sejak mula saya menceburi bidang takaful ni hingga sekarang..Allhamdullilah sedikit sebanyak membantu saya dalam memperbaiki amalan saya...untuk menjadi insan yang lebih baik...bukan sebab saya jual takaful...sebabnya saya berjumpe ramai orang dan banyak perangai...ada yang baik dan ada yang kurang menyenangkan...

Nak dijadikan cerita...setiap kali saya berjumpa prospek saya. . Ada saja benda baru yang saya dapat..mana yang baik saya simpan dan mana yang buruk saya buang..

Dari situ saya teringgat dengan satu ayat berbunyi man jadda wa hada...dimana ada kemahuan disitu ada jalan...

Berkait dengan aktiviti saya seharian...sekiranya saya berusaha lebih allhamdullilah saya akan dapat pulangan yang baik...bila saya buat sambil lewa pula...saya akan dapat hasil yang sambil lewa...

Allah swt menjanjikan kita rezeki sekiranya kita iklas untuk mencari...dan rezeki itu tidak akan datang dengan sendirinya jika kita tidak usahakannya..

Begitulah maha memberinye Allah SWT. ..dan adil nya. ..Allah SWT..

Jangan lah kita risau dengan apa yang kita usaha selama in...kerana. ..in sya allah kita akan dapat..hanya masa yang menentunya..

Jadi jangan berenti berusaha kerana setiap apa yang kita usahakan itu pasti akan dapat balasan yang setimpal....
Man jadda wa jada...

Thursday, August 22, 2013

Kad Perubatan Prudential BSN Takaful





Kad Perubatan Prudential BSN Takaful
Bertindak sebagai pelindung kewangan keluarga anda apabila anda menghadapi masalah perubatan

Kad Perubatan Prudential BSN Takaful
Akan mengelakkan anda daripada membayar bil perubatan yang terlalu tinggi dan membebankan

Kad Perubatan Prudential BSN Takaful
Menampung kos perubatan hospital anda disamping memberi anda ketenangan dan keselesaan

Kad Perubatan Prudential BSN Takaful
Membolehkan anda mendapatkan rawatan yang terpantas di hospital swasta yang ternama.

“Bila Saya Patut Ambil Kad Perubatan Prudential BSN Takaful Ini?”
SEKARANG!! kerana medical card HANYA boleh diambil ketika anda sihat sahaja. Selain itu, jika umur anda makin meningkat, bayaran premium bulanan juga semakin tinggi. SIFAT ANDA TIDAK mahu mengambil medical card tidak sesekali akan menyebabkan saya dan syarikat insurans seperti Prudential rugi, tetapi yang merugikan ialah diri anda sendiri.

Apa yang kad perubatan ini tawarkan pada anda dan keluarga →

UNTUK SEMUA KATEGORI UMUR
Setiap kad perubatan Prudential akan mempunyai Perlindungan & Simpanan dan Pelaburan (opsyen). Jadi duit anda tidak akan hilang begitu sahaja. Malahan anda boleh mengeluarkan nilai tunai yang ada sekiranya anda memerlukannya suatu hari nanti.

Simpanan
  • MEMPUNYAI NILAI TUNAI dimana anda boleh mengeluarkan simpanan anda walaupun belum cukup tempoh tamat polisi
  • SYARAT PENGELUARAN ialah dengan meninggalkan baki RM1000 didalam Prudential dan selebihnya boleh dikeluarkan
Perlindungan
  • SEHINGGA RM4JUTA bil rawatan seumur hidup
  • SEHINGGA RM400 sehari elaun wad
  • Pampasan kematian sehingga RM1JUTA
  • Pampasan Cacat Kekal sehingga RM1JUTA
  • Pampasan Sakit Kritikal sehingga RM100RIBU
  • 100% Percuma Jika Anda Menghadapi Penyakit Kritikal atau Cacat Kekal
  • Perlindungan sehingga 80 Tahun
  
Pelaburan
  • PELABURAN yang konsisten dan menepati syariah islam
  • PELABURAN MENJADI PERCUMA jika anda mengalami penyakit kritikal, cacat kekal atau meninggal dunia
  • Pelaburan boleh bermula dari RM10 sebulan sehingga mana yang anda mampu 
Untuk maklumat lanjut Sila hubungi ody 017-3632103 please fill in the form below We will send you quote your takaful plan as soon as possible 


 Name:
Tel no.
Age
Ic no
Sex
occupation
Are u smoking
Email Address:
Address

Form provided by Freedback.

Monday, August 19, 2013

Perbezaan takaful & insurans konvensional




Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
   
 "Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?

Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

untuk keterangan menganai plan takaful
sila hubungi 

Sunday, August 18, 2013

Tuntutan claim alaun perubatan

Allhamdullilah hari ni dapat membantu salah seorang cliant saya..dengan membuka akaun Prubsn takaful dengan serendah RM150 sebulan anda layak untuk menuntut alaun sekiranya anda memasuki wad minimum RM200 sehari..tertakluk kepada tema dan syarat..
Untuk maklumat lanjut
Sila hubungi
Ody 0173632103


please fill in the form below We will send you quote your takaful plan as soon as possible 


 Name:
Tel no.
Age
Ic no
Sex
occupation
Are u smoking
Email Address:
Address

Form provided by Freedback.

SERANGAN JANTUNG & AIR PANAS: Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung



SERANGAN JANTUNG & AIR PANAS:

Sabuah artikel yang sangat baik dan hanya mengambil masa dua minit untuk anda membaca.

Serangan Jantung dan Minum Air Panas.

Tidak hanya sekadar air panas selepas makan, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Minuman teh panas Cina atau Jepun selepas makanan dan bukannya minum air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa atau selepas makan.

Bagi mereka yang suka minum air batu, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Minum air batu selepas makan memang menyegarkan. Walaubagaimanapun, air batu akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Akibatnya akan berlaku 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Dalam masa yang singkat, ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada berlakunya kanser. Langkah yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.
  

Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung ...

Nota penting tentang serangan jantung – Awas! Anda perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati dengan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian atas dada.

Anda mungkin tidak mempunyai sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun. Kesakitan pada rahang boleh bangunkan anda dari tidur yang lena. Marilah kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup ...

Kardiologi A berkata, jika semua orang yang membaca pos ini berkongsi kepada 10 orang rakan, anda yakinlah bahawa kita akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Baca & Hantar kepada rakan. Ia boleh menyelamatkan nyawa... Jadi, sila menjadi rakan yang baik dan berkongsi artikel ini untuk semua kawan-kawan anda, anda mengambil berat tentang jantung anda.

Tapi janganlah lupa hidup dan mati adalah ketentuanNya jua.


sila hubungi saya
Ody 0173632103

dapatkan sebut harga untuk plan takaful anda
klik sini

Tip rawatan penyakit kencing manis


Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan hj dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun daris egi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut2, kemudian dos boleh dikurangkan....Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh..amin...


please fill in the form below We will send you quote your takaful plan as soon as possible 


 Name:
Tel no.
Age
Ic no
Sex
occupation
Are u smoking
Email Address:
Address

Form provided by Freedback.